Monday, 29 August 2011

UCAPAN HARI RAYA

Bersempena hari yang mulia ini, saya ingin turut ucap selamat kepada semua yang sudi berkunjung.  Mudah-mudahan kita semua diberkati.

SELAMAT
HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN

Semoga kita benar-benar merayakannya dalam suasana ceria bahagia bersama keluarga, sanak saudara dan kawan rakan.

Tuesday, 23 August 2011

GIAT BERSIAP UNTUK RAYA

Begitu cepat masa berjalan.  Sudah 24 hari kita menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia ini.  Hanya tinggal 5 atau 6 hari saja lagi untuk kita cuba mendapat sebaik-baik barakah.

Tapi ternyata di minggu terakhir ini ramai sudah semakin giat bersiap untuk menyambut Syawal dan berHari Raya.  Banyak sudah kalut pergi membeli-belah di saat-saat akhir.

Jemaah terawih pun sudah semakin kurang.  Banyak orang pergi shopping dan kemudian terus berbuka di luar.  Ada pula yang sudah mula buat kueh raya.

Pendeknya, sekarang ini lebih ramai yang giat bersiap untuk menyambut Hari Raya.  Walhal kalau ikut Sunnah, Nabi Muhammad saw menghabiskan sepuluh malam terakhir dengan beriktikaf di masjid.

Sunday, 31 July 2011

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK

Walaupun kita sudah tahu puasa Ramadhan tahun ini akan bermula pada besok hari, kita tetap menunggu pengumuman resmi juga.  Sekarang sudah disahkan.

Selamat menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak kepada semua umat Islam.

Tuesday, 12 July 2011

KENAPA BILA BERLAWANAN PASUKAN MESTI SENTIASA BERLAWAN

Sekarang jelas, pemimpin dan rakyat ikutan sedang berada keterbelakang zaman.  Mereka ini berjiwa kecil.

Era orang sentiasa memikirkan negatif tentang orang lain sudah lama berlalu.  Perlakuan seperti itu hanya membawa kerugian.  Biasanya kerugian berganda di dalam masyarakat.

Jika kita sealiran zaman, biar berlawanan pasukan, tapi kita hormati kelebihan lawan.  Ini adalah sebagai motivasi supaya kita dapat menjadi lebih baik.

Wednesday, 6 July 2011

PASAL 'BOOM GATES'

Rata-rata, banyak penduduk kawasan perumahan membina pagar angkat atau lebih biasa disebut sebagai 'boom gates' di jalan masuk ke rumah mereka.  Ada yang tidak bersetuju, tapi kalah kepada suara majoriti.

Sebenarnya pagar sedemikian menyalahi undang-undang.  Salah satu sebabnya ialah penutupan seperti itu di jalan-jalan awam menggangu laluan trafik dan juga mengancam langkah keselamatan, terutamanya sewaktu kecemasan.

Kemudian, Majlis Bandaraya Petaling telah memberi notis bahawa semua pagar sedemikian mesti dibuang selepas bulan March.  Sekarang sudah masuk bulan Julai.  Tetapi masih tidak ada tindakan pun!

Thursday, 23 June 2011

DAH KALUT BUAT BAJU RAYA

Kiri kanan anak-anak minta elaun lebih untuk dua bulan ke depan.  Baik perempuan mahupun yang lelaki.

Ingatkan ada hal bersabit pelajaran.  Tapi rupanya mereka shopping raya.  Mereka kalut takut nanti tukang jahit tak mahu terima lagi.  Pening kepala dibuatnya.

Si Abah pula kata banyak komitmen lain juga.  Habis macam mana nak buat.  Gaji ibu juga la kena tampung keperluan anak-anak.