Wednesday, 6 July 2011

PASAL 'BOOM GATES'

Rata-rata, banyak penduduk kawasan perumahan membina pagar angkat atau lebih biasa disebut sebagai 'boom gates' di jalan masuk ke rumah mereka.  Ada yang tidak bersetuju, tapi kalah kepada suara majoriti.

Sebenarnya pagar sedemikian menyalahi undang-undang.  Salah satu sebabnya ialah penutupan seperti itu di jalan-jalan awam menggangu laluan trafik dan juga mengancam langkah keselamatan, terutamanya sewaktu kecemasan.

Kemudian, Majlis Bandaraya Petaling telah memberi notis bahawa semua pagar sedemikian mesti dibuang selepas bulan March.  Sekarang sudah masuk bulan Julai.  Tetapi masih tidak ada tindakan pun!

3 comments:

  1. Salam Fiza.
    Itu la! Banyak sangat propa!

    ReplyDelete
  2. Salam Kak Fiza.
    Tujuannya nak menyekat kemasukan. Bila ada menyusahkan pula!

    ReplyDelete