Sunday, 23 October 2011

AMPUN DAN MAAF DI BIBIR SAJA

Setiap kali melakukan kesalahan atau terlanjur cakap, maaf dan ampun segera diucapkan!  Ada masanya sampaikan menangis terisak-isak sebagai bukti kekesalan.

Sekarang dah tahu dan faham sangat perangai manusia spesis ini.  Selepas insiden serupa berulang-ulang kali dilakukan untuk tempuh masa yang lama, memang kesimpulannya tepat sekali.

Memang serik dengan mereka-mereka ini.  Permohonan ampun dan maaf mereka hanya di bibir saja.

Saturday, 1 October 2011

HARI-HARI KENDURI

Sejak minggu lalu, setiap hari ada kenduri.  Macam-macam kenduri dan macam-macam waktu pula tu!

Kenduri kahwin hanya diadakan pada hujung minggu saja.  Tetapi dalam pada itu juga, di hujung minggu ni ada kenduri-kenduri lain seperti doa selamat kerana kelahiran, kesyukuran dan kerana mahu berangkat menunaikan fardhu haji.

Kenduri doa selamat kerana mahu ke Tanah Suci juga diadakan sepanjang minggu, setiap hari.  Pada hari-hari kerja, majlis bermula selepas Isyak.

Kalau jauh tu tak pergi la.  Tetapi jika dekat-dekat rumah dan juga bila melibatkan saudara serta sahabat dan rakan dekat, terpaksa jugalah pergi.  Letih juga poket dibuatnya.  :((

Friday, 30 September 2011

KELETIHAN TAK ADA N3

Sudah tiba ke penghujung bulan September.  Ingat nak buat lebih N3.  Rupanya terbalik pulak.  Hanya baru buat satu N3 saja.  Ish ish!

Hampir seluruh September ni adalah bersamaan bulan Raya.  Bila banyak sangat beraya, keletihan jadinya!

Friday, 9 September 2011

PUASA SUNAT SYAWAL.

Mungkin ramai sudah pun melakukannya.  Tapi masih ramai yang terus beraya.  Sana sini orang membuat buat rumah terbuka sempena Hari Raya.

Seperti biasa majoriti manusia ni lebih gah beraya dari melakukan ibadah di bulan puasa atau bulan Ramadhan.  Itulah yang dikatakan budaya.
 
Bagi mereka yang taat dan takut kepada Allah SWT, rasanya tidak lengkap kalau tidak melakukan puasa sunat Syawal.  Jika mahu melakukannya tidak boleh melengahkan lagi.  Hanya tinggal dua minggu saja untuk puasa selama enam hari.

Monday, 29 August 2011

UCAPAN HARI RAYA

Bersempena hari yang mulia ini, saya ingin turut ucap selamat kepada semua yang sudi berkunjung.  Mudah-mudahan kita semua diberkati.

SELAMAT
HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN

Semoga kita benar-benar merayakannya dalam suasana ceria bahagia bersama keluarga, sanak saudara dan kawan rakan.

Tuesday, 23 August 2011

GIAT BERSIAP UNTUK RAYA

Begitu cepat masa berjalan.  Sudah 24 hari kita menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia ini.  Hanya tinggal 5 atau 6 hari saja lagi untuk kita cuba mendapat sebaik-baik barakah.

Tapi ternyata di minggu terakhir ini ramai sudah semakin giat bersiap untuk menyambut Syawal dan berHari Raya.  Banyak sudah kalut pergi membeli-belah di saat-saat akhir.

Jemaah terawih pun sudah semakin kurang.  Banyak orang pergi shopping dan kemudian terus berbuka di luar.  Ada pula yang sudah mula buat kueh raya.

Pendeknya, sekarang ini lebih ramai yang giat bersiap untuk menyambut Hari Raya.  Walhal kalau ikut Sunnah, Nabi Muhammad saw menghabiskan sepuluh malam terakhir dengan beriktikaf di masjid.

Sunday, 31 July 2011

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK

Walaupun kita sudah tahu puasa Ramadhan tahun ini akan bermula pada besok hari, kita tetap menunggu pengumuman resmi juga.  Sekarang sudah disahkan.

Selamat menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak kepada semua umat Islam.

Tuesday, 12 July 2011

KENAPA BILA BERLAWANAN PASUKAN MESTI SENTIASA BERLAWAN

Sekarang jelas, pemimpin dan rakyat ikutan sedang berada keterbelakang zaman.  Mereka ini berjiwa kecil.

Era orang sentiasa memikirkan negatif tentang orang lain sudah lama berlalu.  Perlakuan seperti itu hanya membawa kerugian.  Biasanya kerugian berganda di dalam masyarakat.

Jika kita sealiran zaman, biar berlawanan pasukan, tapi kita hormati kelebihan lawan.  Ini adalah sebagai motivasi supaya kita dapat menjadi lebih baik.

Wednesday, 6 July 2011

PASAL 'BOOM GATES'

Rata-rata, banyak penduduk kawasan perumahan membina pagar angkat atau lebih biasa disebut sebagai 'boom gates' di jalan masuk ke rumah mereka.  Ada yang tidak bersetuju, tapi kalah kepada suara majoriti.

Sebenarnya pagar sedemikian menyalahi undang-undang.  Salah satu sebabnya ialah penutupan seperti itu di jalan-jalan awam menggangu laluan trafik dan juga mengancam langkah keselamatan, terutamanya sewaktu kecemasan.

Kemudian, Majlis Bandaraya Petaling telah memberi notis bahawa semua pagar sedemikian mesti dibuang selepas bulan March.  Sekarang sudah masuk bulan Julai.  Tetapi masih tidak ada tindakan pun!

Thursday, 23 June 2011

DAH KALUT BUAT BAJU RAYA

Kiri kanan anak-anak minta elaun lebih untuk dua bulan ke depan.  Baik perempuan mahupun yang lelaki.

Ingatkan ada hal bersabit pelajaran.  Tapi rupanya mereka shopping raya.  Mereka kalut takut nanti tukang jahit tak mahu terima lagi.  Pening kepala dibuatnya.

Si Abah pula kata banyak komitmen lain juga.  Habis macam mana nak buat.  Gaji ibu juga la kena tampung keperluan anak-anak.

Monday, 13 June 2011

ADA APA PADA BINTANG

Sudah sebulan kawan karibku asyik menung saja.  Dia tidak ceria seperti selalunya.  Bila ditanya samaada dia sakit, dia kata tak apa-apa.

Hari ini barulah dia bercerita.  Rupanya dia begitu takut dan bimbang berlaku bencana.  Kata bintangnya dia akan menghadapi satu kehilangan dalam masa terdekat sebulan ini.

Sudah lebih sebulan berlalu.  Tapi tak ada apa-apa pun berlaku.  Jadi baru dia insaf.

Aduh!  Ada juga orang boleh terpengaruh dengan ramalan bintang.  Apalah yang ada pada bintang itu?

Friday, 27 May 2011

BADAN MESTI SIHAT

Banyak orang cuba bertahan lapar kerana takut badan semakin naik semakin berat.  Beberapa kawan pun begitu.  Makan sehari sekali, dan kemudiannya minum saja.

Selepas tiga tahun, kini hampir semua mereka mempunyai masaalah kesihatan.  Salah seorang dari mereka sekarang sedang mengalami ulcer berat.

Kata doktor bukan begitu cara menjaga badan.  Jangan sesekali berlapar.

Perut kita tidak boleh berterusan kosong melebihi 4 - 6 setiap hari semasa kita sedang jaga.  Rupanya jika begitu, perut akan mula memakan tisu-tisu dinding perut.

Jika berterusan, itu akan membuatnya mudah luka.  Luka yang berterusan dan susah baik akan menjadi bisul dan ulcer.

Tuesday, 10 May 2011

ADA YANG TAK KENA

Mungkin ada yang tak kena. Tapi rasanya belum mendapat rentak yang betul lagi.

Harap-harap akan dapat kawan rakan blogger yang sudi berinteraksi. Mudah-mudahan itu akan membantu untuk rasa selesa dengan blogging ini.

Ada masaalah teknikal pula lagi.  So buat lain semua laa!

Monday, 9 May 2011

MAKING ANOTHER ENTRY

Now Im officially a blogger. Tak sangka saja. My family and friends must be demanding 4 answers. But, I dont have to justify Y I wan2b a blogger.

Actually, saja nak cari alternative to lazing in bed. Kot2 jadi. ;)