Banyak orang cuba bertahan lapar kerana takut badan semakin naik semakin berat. Beberapa kawan pun begitu. Makan sehari sekali, dan kemudiannya minum saja.
Selepas tiga tahun, kini hampir semua mereka mempunyai masaalah kesihatan. Salah seorang dari mereka sekarang sedang mengalami ulcer berat.
Kata doktor bukan begitu cara menjaga badan. Jangan sesekali berlapar.
Perut kita tidak boleh berterusan kosong melebihi 4 - 6 setiap hari semasa kita sedang jaga. Rupanya jika begitu, perut akan mula memakan tisu-tisu dinding perut.
Jika berterusan, itu akan membuatnya mudah luka. Luka yang berterusan dan susah baik akan menjadi bisul dan ulcer.