Sunday, 23 October 2011

AMPUN DAN MAAF DI BIBIR SAJA

Setiap kali melakukan kesalahan atau terlanjur cakap, maaf dan ampun segera diucapkan!  Ada masanya sampaikan menangis terisak-isak sebagai bukti kekesalan.

Sekarang dah tahu dan faham sangat perangai manusia spesis ini.  Selepas insiden serupa berulang-ulang kali dilakukan untuk tempuh masa yang lama, memang kesimpulannya tepat sekali.

Memang serik dengan mereka-mereka ini.  Permohonan ampun dan maaf mereka hanya di bibir saja.

Saturday, 1 October 2011

HARI-HARI KENDURI

Sejak minggu lalu, setiap hari ada kenduri.  Macam-macam kenduri dan macam-macam waktu pula tu!

Kenduri kahwin hanya diadakan pada hujung minggu saja.  Tetapi dalam pada itu juga, di hujung minggu ni ada kenduri-kenduri lain seperti doa selamat kerana kelahiran, kesyukuran dan kerana mahu berangkat menunaikan fardhu haji.

Kenduri doa selamat kerana mahu ke Tanah Suci juga diadakan sepanjang minggu, setiap hari.  Pada hari-hari kerja, majlis bermula selepas Isyak.

Kalau jauh tu tak pergi la.  Tetapi jika dekat-dekat rumah dan juga bila melibatkan saudara serta sahabat dan rakan dekat, terpaksa jugalah pergi.  Letih juga poket dibuatnya.  :((

Friday, 30 September 2011

KELETIHAN TAK ADA N3

Sudah tiba ke penghujung bulan September.  Ingat nak buat lebih N3.  Rupanya terbalik pulak.  Hanya baru buat satu N3 saja.  Ish ish!

Hampir seluruh September ni adalah bersamaan bulan Raya.  Bila banyak sangat beraya, keletihan jadinya!

Friday, 9 September 2011

PUASA SUNAT SYAWAL.

Mungkin ramai sudah pun melakukannya.  Tapi masih ramai yang terus beraya.  Sana sini orang membuat buat rumah terbuka sempena Hari Raya.

Seperti biasa majoriti manusia ni lebih gah beraya dari melakukan ibadah di bulan puasa atau bulan Ramadhan.  Itulah yang dikatakan budaya.
 
Bagi mereka yang taat dan takut kepada Allah SWT, rasanya tidak lengkap kalau tidak melakukan puasa sunat Syawal.  Jika mahu melakukannya tidak boleh melengahkan lagi.  Hanya tinggal dua minggu saja untuk puasa selama enam hari.

Monday, 29 August 2011

UCAPAN HARI RAYA

Bersempena hari yang mulia ini, saya ingin turut ucap selamat kepada semua yang sudi berkunjung.  Mudah-mudahan kita semua diberkati.

SELAMAT
HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN

Semoga kita benar-benar merayakannya dalam suasana ceria bahagia bersama keluarga, sanak saudara dan kawan rakan.

Tuesday, 23 August 2011

GIAT BERSIAP UNTUK RAYA

Begitu cepat masa berjalan.  Sudah 24 hari kita menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia ini.  Hanya tinggal 5 atau 6 hari saja lagi untuk kita cuba mendapat sebaik-baik barakah.

Tapi ternyata di minggu terakhir ini ramai sudah semakin giat bersiap untuk menyambut Syawal dan berHari Raya.  Banyak sudah kalut pergi membeli-belah di saat-saat akhir.

Jemaah terawih pun sudah semakin kurang.  Banyak orang pergi shopping dan kemudian terus berbuka di luar.  Ada pula yang sudah mula buat kueh raya.

Pendeknya, sekarang ini lebih ramai yang giat bersiap untuk menyambut Hari Raya.  Walhal kalau ikut Sunnah, Nabi Muhammad saw menghabiskan sepuluh malam terakhir dengan beriktikaf di masjid.